KPN: Malaysia Bersedia Masuk Ke Kawasan Nahas

Kiev – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan, Malaysia bersedia memasuki lokasi nahas pesawat MH17 untuk menjalankan siasatan secepat mungkin.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan khas dengan Ketua Misi Pemantauan Khas Ukraine, Ertugrul Apakan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Ibu Pejabat Organisasi Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE).

Menurutnya, seramai 68 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tiba di Kiev semalam, akan ditugaskan bersama 12 petugas pengecaman mangsa bencana PDRM di lokasi pesawat MH17 terhempas.

“Kami sudah bersedia untuk pergi ke lokasi kejadian dan menjalankan siasatan secepat mungkin,” katanya.

Perjumpaan itu diadakan bagi membincangkan isu-isu keselamatan, di mana OSCE turut menyuarakan hasratnya untuk membantu PDRM menjalankan siasatan di lokasi pesawat Boeing 777-200 itu terhempas.

Ahmad Zahid pula berkata, kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Ukraine yang sudi menyelaras serta mengadakan dialog bersama kumpulan penyiasat dari Malaysia, Belanda dan Australia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.