Kerana Seorang Askar Hilang, Gaza Dibedil Lagi

Gaza City – Israel terus membedil Rafah, bandar selatan Gaza dengan pasukan tentera mempertingkatkan usaha mencari seorang askarnya yang dipercayai ditangkap pejuang Hamas ketika serangan memasuki hari ke-26 hari ini.

Tentera Israel berkata, mereka percaya askarnya itu ditangkap dalam serbuan Hamas kira-kira sejam selepas gencatan senjata dilaksanakan, pagi semalam.

Tentera Hamas bagaimanapun menafikan askar Israel berkenaan, Lefternan Kedua Hadar Goldin, kini dalam tahanan mereka.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon serta beberapa pemimpin dunia pula menuntut agar askar Israel berkenaan dibebaskan dengan segera.

Sekurang-kurangnya 35 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan di sekitar bandar Rafah, sejak awal pagi tadi, demikian menurut Pegawai Kesihatan Palestin, Ashraf al-Kidra.

Beliau berkata, kawasan utama Hospital Rafah kini dikosongkan berikutan bedilan roket Israel.

Di tempat lain di sekitar Gaza, lebih 150 serangan udara termasuk satu ke atas Islamic University di Gaza City: AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.