Israel Tembak Mati 8 Orang Sejam Selepas Gencatan Senjata Bermula

Gaza – Israel menembak mati lapan orang di selatan Gaza pada Jumaat, hanya sejam selepas gencatan senjata kemanusiaan selama 72 jam dilaksanakan.

Seorang doktor di hospital yang terletak berdekatan hospital Abu Yusef al-Najjar tidak memberikan sebarang maklumat berkenaan identiti mangsa yang maut.

Namun, katanya mereka mati akibat dibom di timur Rafah selepas seorang koresponden AFP menyaksikan pertempuran sengit di lokasi tersebut.

Manakla jumlah korban akibat kekejaman rejim Israel yang memasuki hari ke-24, kini mencecah 1,442 orang sekali gus melepasi angka korban ketika keganasan Yahudi selama tiga minggu pada awal 2009.

Agensi berita Al Jazeera melaporkan perkhidmatan kecemasan Gaza berkata, sekurang-kurangnya 44 orang mati dalam serangan Israel pada Khamis manakala 13 lagi mengalami kecederaan.

Sementara itu, kira-kira 8,200 orang mengalami kecederaan sepanjang serangan tersebut dilancarkan.

Ketika keganasan Israel selepas Hari Natal pada 2008, mereka menceroboh kawasan pantai Gaza dan melancarkan roket ke arah pejuang Islam.

Seramai 1,440 rakyat Palestin terkorban dan 5,300 orang mengalami kecederaan akibat kekejaman rejim Israel.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/global/2014/08/01/mangsa-serangan-israel-cecah-1442-orang/#ixzz399xn5DvK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.