Faekah Dakwa Tindakan Anwar Calonkan Azizah Sebagai MB Selangor Memalukan

Kuala Lumpur – Pegawai Penyelaras DUN Pelabuhan Klang, Faekah Husin menyangkal kenyataan Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang mengatakan bahawa tindakan Khalid Ibrahim tidak wajar kerana tidak mengikuti arahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya berundur daripada menjadi Menteri Besar sebagai memalukan.

Tambahnya lagi, Ariff juga boleh menulis diblognya yang mengatakan bahawa tindakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencalonkan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor merupakan satu tindakan yang memalukan.

“Ariff tidak memahami sepenuhnya proses perlantikan Menteri Besar yang perlu mengikut Perlembagaan Selangor.

“Memang betul Khalid tidak dilantik oleh rakyat namun Arif juga perlu faham bahawa PR juga tidak mempunyai hak yang mutlak untuk melantik MB di Selangor,” katanya.

Kata Faekah lagi, kenyataan Ariff yang mengatakan Khalid telah tewas dalam pilihan raya parti dan harus mengundurkan diri juga salah.

“Walaupun pengundian bagi jawatan Timbalan Presiden masih berlangsung, Khalid tetap telah mendapat lebih satu pertiga daripada undi,” jelasnya dalam satu kenyataan.

“Dia (Ariff) juga tidak perlu mempersoalkan tindakan Khalid berjumpa dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” tegas Faekah membela Khalid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.