Angka Rasmi Korban Nahas Pesawat Di Mali 116 Orang

Ouagadoudou – Angka kematian nahas pesawat Air Algerie di Mali minggu lalu disahkan semula iaitu 116 orang selepas dua individu di dalam pesawat berkenaan sebenarnya tidak menaiki pesawat malang itu.

“Angka kematian rasmi ialah 116 orang, bukannya 118 seperti yang diumumkan sebelum ini oleh pihak berkuasa Perancis, kata Jeneral Gilbert Diendiere, penasihat kepada Presiden Burkina Faso, Blaise Compaore.

Seorang daripada dua penumpang berkenaan adalah kakitangan syarikat penerbangan berkenaan yang namanya di dalam senarai penumpang tetapi tidak menaiki pesawat.

Individu kedua membatalkan tempahan sehari sebelum pesawat berlepas namun perubahan itu tidak dikemas kinikan dalam senarai akhir penumpang.

Penerbangan AH5017, yang berlepas awal pagi pada 24 Julai lalu ke Algiers, dilaporkan hilang berikutan cuaca buruk. Bangka pesawat kemudian ditemui di utara Mali. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.