50,000 Berhimpun Dibawah Terik Matahari Bantah Kekejaman Israel Di Dataran Merdeka

Kuala Lumpur – Kira-kira 50,000 hadirin membanjiri Dataran Merdeka pada petang ini bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman Zionis di bawah bahang terik matahari.

Ribuan rakyat berbilang kaum Malaysia membanjiri Dataran Merdeka di sini hari ini bagi menyertai perhimpunan aman ‘Selamatkan Anak-anak Gaza’.

Perhimpunan anjuran dua badan bukan kerajaan – Viva Palestina Malaysia (VPM) dan Aqsa Syarif itu bertujuan membantah kekejaman serangan Zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Pengarah Aqsa Syarif Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata perhimpunan aman itu merupakan satu mesej kepada dunia bahawa rakyat Malaysia menolak sepenuhnya serangan Israel di Palestin.

“Kita berkumpul di Dataran Merdeka ini untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati kita, kita nak serangan zionis terhadap warga Palestin dihentikan sekarang.

“Seperti yang kita tahu ribuan penduduk Palestin yang tidak berdosa telah dibunuh dengan kejam yang kebanyakannya adalah kanak-kanak dan orang awam. 

“Ini adalah jenayah perang dan mereka ini (Israel) mesti dihadapkan ke mahkamah antarabangsa untuk dihukum,” kata Hafidzi ketika berucap pada perhimpunan itu.

Pengarah VPM Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkata pihaknya dan Aqsa Syarif juga akan menghantar memorandum kepada pihak kedutaan Amerika Syarikat dan Mesir di Malaysia pada Isnin ini.

Katanya antara pengisian memorandum itu adalah untuk menyeru Amerika Syarikat menghalang tindakan Israel menyerang warga Palestin yang tidak berdosa.

“Untuk Mesir pula kami menyeru agar laluan Rafah dibuka sepenuhnya untuk menyalurkan bantuan ke Palestin.

“Sehingga kini hanya dua daripada 23 trak konvoi kami yang membawa bekalan perbuatan dan pembedahan dibenarkan masuk ke Gaza,” katanya.    

Musa turut menyatakan kerjasama di antara VPM, Aqsa Syarif dan beberapa badan bukan kerajaan negara luar telah berjaya menyediakan 23 trak ubat-ubatan dan bahan pembedahan bernilai RM2.5 juta  untuk dihantar ke Gaza.

Malah pihaknya juga dalam perancangan untuk menghantar 20 ambulans ke kawasan itu.

Pengerusi Viva Palestina Malaysia Datuk Dr Musa Mohd Nordin yang membuat ucapan pembukaan pada perhimpunan itu mengutuk kekejaman Zionis yang menyerang tanpa peri kemanusiaan.

“Sejak 66 tahun lalu warga Palestin berjuang mendapatkan semula apa yang dicuri ‎daripada mereka. Tanah, rumah, kampung dan apa yang penting kebebasan dan maruah diri mereka.

“Palestin dilabel oleh Nelson Mandela sebagai krisis moden terburuk dunia dan beliau menambah dunia tidak akan bebas selagi Palestin tidak dibebaskan‎,” katanya berucap di majlis itu.

Musa turut menyatakan kerjasama di antara VPM, Aqsa Syarif dan beberapa badan bukan kerajaan negara luar telah berjaya menyediakan 23 trak ubat-ubatan dan bahan pembedahan bernilai RM2.5 juta  untuk dihantar ke Gaza.

“Untuk Mesir pula kami menyeru agar laluan Rafah dibuka sepenuhnya untuk menyalurkan bantuan ke Palestin.

“Sehingga kini hanya dua daripada 23 trak konvoi kami yang membawa bekalan perbuatan dan pembedahan dibenarkan masuk ke Gaza,” katanya.    

Malah pihaknya juga dalam perancangan untuk menghantar 20 ambulans ke kawasan itu.

Semalam, Raja Abdullah dari Arab Saudi mengkritik tindakan berdiam diri masyarakat antarabangsa ekoran serangan agresif Israel, lapor Reuters.

Beliau turut menyelar tentera yang dikatakan membunuh orang awam tidak berdosa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.