Jangan main politik murahan, hormati proses Undang-Undang, GRS tegur PKR Sabah

- Advertisement -

PAPAR,-Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menempelak sikap Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang secara tiba-tiba mengejutkan rakyat dengan mendakwa adanya skandal perlombongan di negeri itu melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali berkata kepada Daily Express Sabah selama ini GRS tidak pernah membuat sebarang kenyataan spekulatif atau membandingkan kes melibatkan pemimpin lain sama ada dari pembangkang mahupun kerajaan perpaduan.

“Banyak pemimpin daripada pembangkang dan juga dalam Kerajaan Perpaduan dikaitkan dengan kes rasuah dan salah guna kuasa. Ada yang dibebaskan, ada yang didapati bersalah, ada diberi DNAA, malah ada juga yang tertangguh selama bertahun-tahun.

“Namun, kami di GRS tidak pernah membuat kenyataan terbuka atau spekulatif mengenai perkara itu, malah menghormati sepenuhnya proses undang-undang,” katanya selepas melawat penerima Rumah Mesra Sabah Maju Jaya, Zuraidin Hais di Kg Kelanahan Rimba, Papar pada Selasa.

Menurut Armizan, PKR Sabah sebagai rakan gabungan tidak wajar mengeluarkan kenyataan politik sensasi berhubung isu yang masih belum terbukti di mahkamah.

Beliau menyifatkan tindakan PKR Sabah melalui Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud yang menyatakan “bersedia dengan segala kemungkinan” seolah-olah sengaja mencipta persepsi negatif tanpa fakta kukuh.

“Individu yang sebelum ini mendakwa secara terbuka bahawa dia menyogok ADUN, tiba-tiba membuat pengakuan tidak bersalah di mahkamah. Ini jelas menunjukkan kenyataan awalnya bercanggah.

“Justeru, jangan cepat melabel seseorang sebagai rasuah sebelum proses undang-undang selesai. Persepsi tidak semestinya realiti,” tegas Armizan.

Beliau menambah, pendirian GRS sejak awal jelas, iaitu menyerahkan kepada pihak berkuasa dan mahkamah tanpa sebarang campur tangan politik, seiring prinsip Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Saya tidak minta berlaku adil kepada GRS, tetapi jangan pula tutup mata terhadap realiti yang ada. Hormatilah proses perundangan negara,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat