Sebaran gambar kecederaan mayat didakwa Zayn Rayyan disiasat USJT Bukit Aman

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Siasatan berkaitan penyebaran gambar memaparkan keadaan kecederaan pada mayat yang didakwa adalah Zayn Rayyan Abdul Matiin akan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pihaknya sebelum ini menerima satu laporan berkaitan penyebaran gambar berkenaan yang dibuat oleh pegawai penyiasat kes pada 30 Jun lalu.

“Siasatan bagi kes ini mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan ia akan diteruskan siasatan oleh USJT Bukit Aman,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di Shah Alam pada Selasa, lapor BH.

Ketika ditanya sama ada wujud pembabitan orang dalam berhubung penyebaran gambar tersebut, Hussein menegaskan perkara itu dalam siasatan polis.

Sebelum ini, tular beberapa keping gambar dikatakan berkaitan keadaan mayat Zayn Rayyan ketika prosedur proses bedah siasat di aplikasi media sosial.

Pada 6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan ditemui dalam keadaan terbaring di anak sungai berhampiran rumahnya di Apartmen Idaman, Sungai Buloh selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya.

Pada 13 Jun lalu, ibu dan bapa Zayn Rayyan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara berkemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak itu.

22 dirakam percakapan kes keracunan makanan di Gombak

Dalam perkembangan lain, Hussein berkata 22 individu dirakam percakapan berhubung kes keracunan makanan di sebuah program sekolah agama di Gombak yang menyebabkan dua maut pada Jun lalu.

Katanya, kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk pandangan dan keputusan selanjutnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat