Pemandu jengkaut maut, jentera terbenam dalam lumpur

- Advertisement -

GERIK – Seorang pemandu jengkaut maut selepas jentera kendaliannya terbalik, dekat lereng bukit di kawasan perlombongan biji timah di Klian Intan, Pengkalan Hulu di sini, pada Selasa.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Lum Kok Hon berusia 56 tahun.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Hulu ke lokasi selepas menerima maklumat kejadian pada jam 11.53 pagi.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati jengkaut terbabit terjatuh setinggi 10 meter sebelum terbenam dalam lumpur.

“Operasi menyelamat bagi mengeluarkan seorang lelaki yang tersepit segera dijalankan dengan menggunakan gergaji dan pemotong hidraulik.

“Pasukan mengambil masa lebih tiga jam untuk mengeluarkan mangsa sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya.

Tambah Sabarodzi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat