Kerajaan tak kawal TikTok, tiada hak turunkan kandungan kritikan dan kecaman

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kementerian Komunikasi menyangkal dakwaan kononnya kerajaan ‘mengawal’ platform media sosial TikTok dengan menurunkan kandungan berunsur kritikan dan kecaman.

Sebaliknya, Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching, menegaskan penyedia platform itu turut mempunyai hak dan sentiasa memantau mana-mana kandungan yang bertentangan dengan terma serta syarat dan kod standard komuniti ditetapkan.

“Setiap penurunan sesuatu kandungan dalam talian, bukan hanya tertakluk kepada permohonan kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Sebaliknya penyedia media sosial turut berperanan penting memantau setiap kandungan dimuat naik supaya tidak melanggar akta perundangan sedia ada, selain terma dan syarat serta kod standard komuniti ditetapkan,” katanya pada sesi penggulungan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 2021 dan 2022 di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Beliau berkata, laporan permintaan pengagihan keluar kandungan dikemukakan kerajaan yang diterbitkan pada 6 Jun lalu oleh platform TikTok hanya membabitkan 1,862 permohonan.

Bagaimanapun, katanya, jumlah keseluruhan permintaan penurunan kandungan diterima TikTok adalah 6,231.

Katanya, ini menunjukkan bukan semua permohonan untuk penurunan kandungan dibuat oleh MCMC atau kerajaan tetapi golongan pengguna turut berhak berbuat demikian.

“Laporan sama turut menunjukkan 2,514 kandungan diturunkan kerana melanggar panduan komuniti.

“Selain itu, terdapat 2,970 kandungan diambil tindakan atau diturunkan kerana melanggar peraturan, pada masa sama, 747 lagi kandungan (dalam kategori) tiada tindakan diambil.

“Maksudnya walaupun permohonan (turunkan kandungan) dihantar kerajaan atau pengguna, tetapi akhirnya jika TikTok berasakan kandungan itu tidak melanggar standard komuniti atau undang-undang tempatan, mereka tidak akan turunkan,” katanya lapor BH.

Sehubungan itu, beliau menegaskan adalah tidak adil untuk membuat sangkaan jahat kepada kerajaan berkaitan permohonan penurunan kandungan.

Katanya, ia turut mengambil kira pelbagai permintaan penurunan kandungan antaranya berkaitan kegiatan judi dalam talian, kes penipuan dan pelbagai isu lain.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat