‘BUY WIN FLY 2.0′, Midea & Manchester City bakal bawa pemenang bertuah ke Stadium Etihad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Pengeluar barangan elektrik terkemuka, Midea Malaysia mengumumkan pelancaran kempen ‘BUY WIN FLY 2.0’ bersama Manchester City dalam usaha memperluas kerjasama di peringkat global.

Pengurus Besar Midea Malaysia, Mark Tam berkata, tiga pememang utama akan menerima hadiah istimewa iaitu penginapan serta akses VIP ke Stadium Etihad.

“Perkongsian dengan Manchester City telah menjadi kejayaan monumental, meningkatkan pendedahan global kami dan mengukuhkan perjalanan kami dalam menawarkan penyelesaian rumah inovatif.

“Tiga pemenang bertuah akan menerima perjalanan bertaraf dunia ke United Kingdom, merangkumi penginapan 5 hari, 4 malam, lengkap dengan akses VIP ke Stadium Etihad, iaitu rumah kepada Kelab Bola Sepak Manchester City.

“Pemenang tempat kedua akan berpeluang membawa pulang Peti Sejuk Inverter Quattro 4-pintu Midea dan Pencuci Lantai Basah dan Kering Tanpa Kord 3-dalam-1,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran kempen ‘BUY WIN FLY 2.0′ hari ini.

Bermula 2 Jun sehingga 31 Ogos 2024, setiap pengguna Midea yang membeli mana mana produk Midea akan layak untuk menyertai peraduan Kempen BUY WIN FLY 2.0.

Pengguna Midea hanya perlu mengisi borang dengan melayari laman web rasmi Midea Malaysia https://www.midea.com/my/mancitybuywinfly2024 untuk menyertai peraduan besar ini.

Dalam majlis yang sama Pengerusi Kehormat Midea Malaysia, Ng Kong Chin berkata, pihaknya teruja untuk mengadakan kempen tersebut yang bukan sahaja memberi ganjaran kepada pelanggan setia tetapi turut mempamerkan pelbagai peralatan rumah terbaharu yang Midea tawarkan.

“Midea juga melancarkan siri terbaru peralatan rumah pintarnya, yang telah direka dan dinaik taraf untuk berintegrasi dengan teknologi AI moden.

“Inovasi-inovasi ini membolehkan pengguna mengawal persekitaran rumah mereka dengan mudah hanya dengan beberapa ketikan melalui Aplikasi Midea SmartHome, dari penghawa dingin, peti sejuk, mesin basuh, hud dan hob dapur, ketuhar gelombang mikro, hingga pencuci vakum robot, meningkatkan kemudahan dan kecekapan dalam rumah,” katanya.

Tambahnya untuk mempromosikan kempen ini lebih lanjut, trak kempen mudah alih MIDEA akan bergerak di seluruh Semenanjung Malaysia di 9 lokasi berbeza dan membuat hentian di bandar-bandar utama sehingga akhir Ogos 2024.

“Inisiatif ini bertujuan untuk melibatkan pengguna secara langsung, memberikan pengalaman secara langsung dengan produk rumah pintar MIDEA dan menawarkan lebih banyak maklumat tentang penyertaan dalam Kempen BUY WIN FLY 2.0.

“Sambil kita terus mengharungi landskap industri elektronik rumah yang berkembang pesat, di mana perubahan didorong oleh permintaan gaya hidup pengguna kita yang berubah – Midea tetap teguh dalam komitmen kita terhadap inovasi dan kualiti,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat