Setelah menerima sambutan yang luar biasa pada tahun 2023, Art of Speed Malaysia kembali untuk tahun 2024 dengan tema “Stop The Violence”, membawa mesej cinta tanpa benci dan perpaduan tanpa sempadan. Acara Kustom & Counter Culture terulung Malaysia ini akan berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 27 dan 28 Julai 2024, dengan lebih banyak aktiviti untuk memuaskan hati peminat dan pengunjung.
Bertempat di MAEP sepang, selangor, MAEPS akan menyediakan ruang seluas 452,084 kaki persegi di dalam dan 8.6 ekar di luar untuk AOS 2024, yang akan berlangsung dari 10:00 pagi hingga 7:00 malam untuk dua hari AOS 2024,
Tetamu dan Pameran Istimewa AOS 2024 akan mengalu-alukan tetamu dari komuniti kustom dan media antarabangsa termasuk:
- Shige Suganuma, Shinotsuka “NATQQ” Michihisa & Hey Murakami dari MOONEYES, Jepun
- Ikon drift Daigo Saito dari Toyota Gazoo Racing
- Katie’s Customs dengan motosikal kustom Vincent Black Shadow
- STOOP Motorcycles dengan Harley-Davidson Panhead
- EVILACT, Jepun
- Nigel Petrie dari Engineered To Slide, Australia
Selain itu, ramai lagi ikon dan tokoh terkenal dari pelbagai negara akan memeriahkan acara ini.
Sorotan Acara
- SoundCircus Takeover – Festival muzik dalam dewan yang menampilkan kumpulan seperti Spider, Gerhana Ska Cinta, dan banyak lagi.
- Kolaborasi dengan Selangor FC – Menyokong kempen “Stop The Violence”.
- Moto4sale – Komuniti untuk jual beli motosikal bawah 500cc.
- Kolaborasi Eksklusif – AOS X Zippo, Von Dutch, Selangor FC, dan MOONEYES.
- AOS Invitational Build-Off – Pertandingan pembina binaan khas dengan peluang ke The 32nd Yokohama Hot Rod Custom Show 2024.
Acara Tambahan
- Hot Wheels Collectors Convention Malaysia
- ThunderCircus “Brotherhood Rally”
- NEAT Fest oleh NoEqual.co
- Off The Grid – Gaya hidup outdoor di ruang tertutup.
- Hail Vintage dan Streetware Con – Fesyen pakaian jalanan dan thrift.
- Kustom & Koffee Talk – Forum industri motosikal dan automobil.
- Show & Shine – Peluang memenangi lawatan ke Yokohama Hot Rod Custom Show.
Aktiviti Lain Roda Rumble 2024, La Cultura, Food Park, Bazar vintaj automobil, pelancaran produk, dan test ride zone akan turut memeriahkan AOS 2024.
Cabutan Bertuah Cabutan bertuah istimewa pada hari Ahad menawarkan hadiah utama iaitu Honda yang telah dimodifikasi, hasil kolaborasi AOS X QARTEL TV.
Tiket dan Kemudahan Pas hujung minggu AOS 2024 boleh didapati dengan harga RM35.00, dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun serta pemegang pas OKU masuk percuma. Terdapat juga pilihan parkir valet VIP dengan bayaran RM30.00.
Pengarah Festival, Encik Asep Ahmad Iskandar, mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong AOS selama 13 tahun. “Kami dengan sedaya upaya telah mencipta acara kami dengan dasar dan cara yang betul untuk diikuti, menyediakan ruang yang selamat, selesa dan inklusif,” katanya.
Untuk maklumat lanjut dan permohonan vendor, layari laman web rasmi Art of Speed atau Facebook Art of Speed.
Media Sosial:
- Instagram: @artofspeedmy
- TikTok: @artofspeedmy
- YouTube: Art of Speed Malaysia
Art of Speed Malaysia 2024 menjanjikan pengalaman yang lebih besar, lebih baik, dan lebih bermakna. Jumpa anda di sana!