Kerajaan PH Mungkir Janji, Gagal Lantik 30 Peratus Wanita Dalam Kabinet

KUALA LUMPUR — Pakatan Harapan (PH) memungkiri manifestonya untuk memberi kuota 30 peratus wanita dalam pentadbiran kerajaan di semua peringkat.

Selepas pelantikan terbaru 13 baki anggota kabinet, hanya ada lima wanita sebagai menteri dan empat timbalan menteri daripada 26 kementerian.

Hanya 19 peratus lantikan menteri diwakili wanita manakala 16 peratus bagi timbalan menteri.

Sebelum ini, PH dalam manifesto pilihan raya menetapkan 30 peratus wanita dalam pentadbiran kerajaan.

Mereka yang mengganggotai kabinet ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Rina Harun, Zuraida Kamaruddin, Teresa Kok dan Yeo Bee Yin.

Bagi timbalan menteri, Hannah Yeoh, Teo Nie Ching, Isnaraissah Munirah Majilis dan Fuziah Salleh.

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman, 26, pula memadam rekod pemimpin paling muda dalam kabinet yang disandang Datuk Seri Najib Razak.

Najib menjadi menteri belia dan sukan ketika berusia 33 tahun. Pada 1978, beliau dilantik sebagai timbalan menteri tenaga, telekomunikasi dan pos pada umur 25 tahun. – MalayMail

One thought on “Kerajaan PH Mungkir Janji, Gagal Lantik 30 Peratus Wanita Dalam Kabinet

  • July 3, 2018 at 12:12 am
    Permalink

    ok apa kabinet wanita dalm kerajaan sekarang…. cukuplah dulu yg ada tu…yg penting urus pulih semula kerajaan yg umno musnahkan dulu…! setakat yg ada bagus dah amanah jujur dedikasi ikhlas intergriti bantu tadbir kerajaan PH ini…. rakyat pilih undi pemimpin … jgn dok ingat rebut jawatan,apa2 lagi..#tanggungjawab# tu yg mustahak utamakan dulu dimulut dihati perbuatan mesti sama selari….bukan dulu tu…hancur rasuah korupsi,bongkak,angkuh.lagak, bodoh sombong,jakun,kleptrokasi….
    ayuh PH pacu tadbir urus sebaik2nya dari terbaik untuk semua rakyat dimalaysia ini..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.