Video : Wartawan Nafi Video Tular Dirinya Mati Mengejut Ketika Lintas Langsung

Wartawan Pakistan yang pengsan ketika melakukan laporan lintas langsung terkejut kerana video itu disifatkan dirinya menghadapi kematian mengejut dan tiba-tiba sahaja tular serta bualan ramai.

Menerusi kejadian itu di mana dia tiba-tiba tidak sedarkan diri dan terjatuh dari atas platform tinggi itu berlaku kira-kira sembilan bulan lalu.

Irza Khan, wartawan saluran 92 News, melalui akaun Twitternya, menafikan dia sudah meninggal dunia.

“Saya masih hidup dan sihat,” tulis Irza, lapor Awani.

Video berkenaan yang hangat dikongsi di Facebook dan YouTube sejak beberapa hari lalu memaparkan Irza, 23, tiba-tiba pengsan ketika sedang membuat liputan sebuah acara di Lahore.

Irza yang berada di atas sebuah platform yang diangkat menggunakan kren terjatuh namun sempat disambut orang ramai yang berada di bawah.

Gara-gara khabar angin itu, Irza mewujudkan hashtag #irzaisalive.

Laporan stesen televisyen Samaa menyebut ketika kejadian Irza pengsan akibat cuaca panas dan sesak nafas.

Dia juga mengalami sedikit kecederaan akibat terjatuh dari platform tinggi, namun hanya dirawat di sebuah hospital sebagai pesakit luar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.