Warga Emas Terkurung 26 Jam Dalam Lif Rosak

IPOH — Sepasang suami isteri warga emas ditemui keletihan setelah terperangkap di dalam lif sebuah pasar raya di sini selama 26 jam.

Lif yang mereka naiki tiba-tiba tidak berfungsi selepas mereka membeli barangan di Meru Raya pada jam 11 pagi kelmarin, lapor Kosmo!.

Jabatan Bomba dan Penyelamat hanya menerima panggilan jam 1.04 petang semalam.

Namun pasangan itu berjaya dikeluarkan pihak pengurusan pasar raya sebelum lima anggota bomba tiba, kata ketua balai bomba Mohd Zamri Awang Long.

“Kedua-dua warga emas tersebut berada dalam keadaan keletihan selepas berada di dalam lif tersebut dalam tempoh yang panjang,” katanya kepada akhbar itu.

Mohd Zamri berkata mereka kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Bainun untuk rawatan lanjut. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.