Tular Mesej Wang Palsu RM50, RM100 Pelancong China Tak Benar

KANGAR – Polis menafikan kesahihan mesej yang tular dalam aplikasi WhatsApp, Telegram dan Facebook mengenai rombongan pelancong dari China yang membawa duit palsu untuk membeli-belah di Padang Besar dekat sini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Ghazani Abd. Ghani berkata, mesej itu palsu dan tidak benar sama sekali, seperti memetik Kosmo.

“Sejak ia mula tersebar beberapa hari lalu, kami masih belum menerima sebarang laporan polis berhubung perkara ini,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu, mesej tersebut hangat dibualkan di media-media sosial mengenai rombongan pelancong dari China membawa duit palsu RM50 dan RM100 yang memasuki negara ini melalui Padang Besar, Perlis dengan menggunakan bas.

Kononnya, Jabatan Kastam Diraja Malaysia mendapati mereka membawa duit palsu itu ke Malaysia untuk membeli-belah dan wang itu dicetak di China dengan kualiti tinggi yang menyukarkan dikesan kepalsuannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.