Trump Bidas Negeri Enggan Dedah Maklumat Pengundi

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membidas tindakan beberapa negeri yang enggan memberikan nama, alamat dan maklumat peribadi pengundi kepada suruhanjaya yang ditubuhkannya untuk menyiasat penipuan pemilih yang didakwa berlaku sebelum ini.

Menurut kenyataan dari pegawai pemilihan dan laporan media, lebih 20 pemimpin negeri menolak permintaan itu, mengatakan bahawa mereka tidak perlu berbuat demikian kerana tindakan tersebut melanggar polisi privasi pengundi, lapor Utusan.

“Banyak negara enggan memberikan maklumat kepada panel penipuan pemilih yang sangat terkenal. Apa yang mereka cuba sembunyikan?,” kata Trump di lamab Twitternya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.