Pelakon Daler Tak Sengaja Terpegang Dada Nelydia

PETALING JAYA — Pelakon Daler Yusuf mengakui tidak sengaja tersentuh dada Nelydia Senrose menerusi babak belakang tabir yang dikongsikan dalam instagramnya.

Video babak membonceng motosikal yang ditunggang Nelydia menerusi drama Encik Suami Mat Salleh Celup itu menarik perhatian pengguna internet sejak semalam.

Dalam babak itu, Daler dilihat mendepakan tangan lalu menjadi kaget kerana brek mengejut dan tidak sengaja memeluk Nelydia secara spontan sekali gus terpegang dada aktres itu.

“Sejujurnya saya memang tidak sengaja terpegang bahagian dada Nelydia ketika itu,” katanya memetik laporan mStar.

Daler memohon maaf kepada peminat yang rasa tersinggung dengan babak itu, yang disebarkan di media sosial.

Susulan itu, menerusi AstroGempak, Daler dikecam teruk dan ada peminat mendakwa beliau sengaja berbuat demikian.

“Saya benar-benar tidak sengaja kerana terkejut apabila Nelydia tiba-tiba menekan brek,” katanya lagi seperti dilaporkan.

Daler tidak menyangka video belakang tabir itu menular selepas dikongsi di Instagram dan beliau sendiri mendakwa tidak perasan ada insiden itu.

“Niat saya kongsi di Instagram hanya untuk mempromosikan salah satu babak menarik dalam drama tersebut,” katanya.

“Terus-terang saya sendiri tidak sedar babak akhir dalam video tersebut ada insiden itu.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.