Nikmati Pemandangan Dari Udara Hanya RM99

Kuala Terengganu – Menikmati pemandangan pesisir pantai dan bandar raya dari udara menjadi tarikan terbaru orang ramai apabila Eastern Heli Services Sdn Bhd (EHS) menyediakan perkhidmatan helikopter pelancong.

Menerusi pakej ‘KT City Joyride’ itu, pelanggan hanya perlu membayar RM99 untuk sesi perjalanan mengikut pilihan laluan yang disediakan antaranya dari Helipad Pulau Warisan ke Taman Tamadun Islam (TTI), Bukit Besar, bandar raya Kuala Terengganu dan Pantai Batu Buruk.

Ketua Pegawai Eksekutif EHS Abdul Hakim Baharuddin berkata, perkhidmatan itu disasarkan kepada pelancong dan masyarakat tempatan yang belum pernah mempunyai pengalaman melihat pemandangan bandar raya ini dari udara.

“Harga RM99 seorang dengan minimum tiga penumpang memang tidak mungkin diperoleh di tempat lain sama ada di Malaysia atau di dunia dengan harga yang cukup murah ini.

“Promosi ini sempena kempen Visit Beautiful Terengganu 2017 (VBT17). Rakyat tempatan memang sudah biasa dengan Pantai Batu Buruk tetapi masih ramai yang belum pernah melihatnya dari udara dan kerana itu kami tawarkan pakej dengan harga termurah ini,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.