Al Jazeera Tak Akan Ditutup

KUALA LUMPUR – Al Jazeera tidak akan ditutup, tegas Pemangku Pengarah Urusan Al Jazeera Bahasa Inggeris, Giles Trendle.

Ia ditegaskan bagi menjawab tuntutan empat negara Arab yang mahu stesen penyiaran yang berpangkalan di Doha, ibu negara Qatar itu menamatkan operasi, lapor Agensi.

Menurut Trendel, Al Jazeera akan meneruskan peranannya menyampaikan maklumat dan berita kepada rakyat segenap pelosok dunia.

Penutupan Al Jazeera terkandung dalam 13 tuntutan daripada empat negara Arab diketuai Arab Saudi yang perlu dipatuhi Qatar.

Ia sebagai syarat tarik balik pemulauan terhadap negara berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.