5 Maut Gelombang Panas

SOFIA – Lima penduduk dilaporkan meninggal dunia semalam, selepas cuaca panas melanda ibu negara Bulgaria di sini, ketika suhu dijangka mencecah sehingga 44 darjah celsius.

Menurut AFP, Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Katia Sungarska, berkata menjelang tengah hari semalam, kira-kira 200 penduduk sudah menerima rawatan selepas jatuh sakit akibat cuaca panas.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk supaya tidak meninggalkan rumah masing-masing, selain tidak memanggil perkhidmatan kecemasan kecuali dalam keadaan terdesak, bagi membolehkan ambulans membantu mereka yang lebih memerlukan, lapor BH.

Gesaan itu dibuat kerana Sofia menghadapi masalah kekurangan ambulans yang serius sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ketika ini, hanya 25 kenderaan ambulans beroperasi bagi memenuhi keperluan kira-kira dua juta penduduknya.

Dalam pada itu, amaran pada tahap merah sudah dikeluarkan sejak semalam di 17 wilayah di seluruh negara dan ia adalah yang pertama bagi musim panas kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.