Umat Islam Terima Kesan Positif Dasar Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peningkatan taraf ekonomi umat Islam di negara ini merupakan salah satu kesan positif hasil pelaksanaan dasar ekonomi yang tepat oleh kerajaan.

 

Perdana Menteri memberitahu, perkara itu terbukti melalui kutipan zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang meningkat setiap tahun.

 

Menurut beliau, kutipan zakat MAIWP tahun ini melonjak kepada RM585 juta berbanding RM532 juta tahun lalu dan RM100 juta pada 2010.

 

“Ini bererti ekonomi umat Islam bertambah lebih baik.

 

“Pentadbiran negara kita, dasar-dasar negara kita mestilah betul,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada asnaf Baitulmal MAIWP di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dekat sini hari ini.

 

Pada majlis itu, Najib turut menyempurnakan penyampaian bantuan Aidilfitri berjumlah RM18.27 juta kepada sebanyak 53,880 penerima yang terdiri daripada asnaf fakir, miskin dan mualaf di sekitar Wilayah Persekutuan. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.