Gambar : Tanah Mendap Di Bukit Bintang, Bentuk Lubang Besar

KEMASKINI Kuala Lumpur – Kesesakan jalan raya teruk berlaku di ibu kota hari ini apabila beberapa jalan ditutup apabila dua kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Imbi dan Jalan Hang Tuah.

Tanah runtuh itu menyebabkan mendapan tanah dan membentuk lubang besar.

Kesesakan teruk berlaku di kedua-dua kawasan itu bermula tengahari lalu termasuk pengangkutan awam seperti Monorail.

Kejadian pertama berlaku di Jalan Imbi menghala Jalan Hang Tuah berhampiran Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur kira-kira jam 10 pagi hari ini.

Dua jam selepas itu, satu lagi kejadian tanah runtuh dilapor berlaku di Bukit Bintang di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, kerosakan jalan di Jalan Hang Tuah akibat tanah mendap itu adalah sepanjang 19 meter manakala kejadian di Bukit Bintang masih belum dapat dipastikan.

Menurutnya, kejadian berpunca akibat saluran paip bawah tanah milik Syarikat Bekalan Air Selangor pecah.

“Pengguna jalan raya yang melalui Jalan tersebut terpaksa dilencongkan ke laluan alternatif lain,” katanya.

Katanya lagi, beberapa anggota bomba bersama jentera dari Balai Hang Tuah dan Jalan Imbi dikejarkan ke lokasi kejadian sekarang ini bagi memantau keadaan.

Tanah mendap 1

 

 

 

 

 

 

 

Tanah Mendap 2

 

 

 

 

 

 

 

tanah mendap 3

 

 

 

 

 

 

 

Tanah Mendap 4

 

 

 

 

 

 

 

Tanah mendap 5

 

 

 

 

 

 

Tanah mendap 7

 

 

 

 

 

 

Gambar ehsan : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.