Siti Saleha Sorok Kekasih Untuk Elak Kontroversi

Sebelum ini ada laporan menyebut pelakon drama bersiri ‘Ramadan Jangan Pergi’ ini mengakui sedang bercinta dengan seorang lelaki yang berasal dari Portugal.

Namun bercakap kepada mStar online, Siti Saleha berkata, dia enggan terlalu terbuka bercerita mengenai teman lelaki kerana ingin mengelak daripada timbulnya sebarang kontroversi.

Sebagai seorang figura yang dikenali ramai dia sedar sentiasa menjadi perhatian dan langkah tersebut dapat mengurangkan tumpuan masyarakat terhadap kehidupan peribadi.

“Saya bukan ingin berahsia cuma ada perkara yang saya tidak boleh kongsi dengan semua orang kerana bimbang akan ada cerita kurang enak timbul sekiranya kami terlalu terbuka.

“Buat masa ini saya tidak akan bawa dia ke mana-mana majlis hiburan malah dia sendiri tidak selesa menjadi tumpuan ramai,”katanya.

Dalam pada itu, pelakon itu lega apabila namanya jarang dikaitkan dengan apa-apa kontroversi dan berharap perkara itu dijauhkan daripadanya.

Kata Saleha lagi, fokusnya kini terhadap kerjaya lakonan dan dia juga lebih gemar duduk di rumah sekiranya tidak mempunyai sebarang komitmen kerja yang mungkin menjadi alasan mengapa namanya jarang dikaitkan dengan kontroversi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.