Seluar Dalam Tembikai Jadi Ikutan

Taipei – Seorang ayah yang sangat kreatif membuatkan sepasang seluar dalam daripada kulit tembikai dan menjadikan anaknya budak paling ‘cool’ di kalangan kanak-kanak lain.

Ruifeng Fan, 33, membuat seluar dalam daripada kulit tembikai bagi membantu anaknya menghadapi musim panas.

Anaknya, Tot sering mengadu cuaca panas dan rumah mereka pula tidak mempunyai kolam renang untuk menyejukkan badan.

“Pada mulanya saya memberikan tembikai kepada Tot untuk dimakan bagi menyejukkan badannya tetapi setelah itu saya mendapat idea untuk menggunakan kulit tembikai berkenaan.

“Saya membuat dua lubang untuk memasukkan kaki dan memakaikannya kepada anak saya. Anak saya tidak lagi mengeluh kepanasan malah dia juga mempunyai pakaian paling hebat di Taiwan,” katanya.

Menurut Ruifeng, Tot sangat sukakan seluar dalam tembikai itu dan memintanya membuatkan topi yang diperbuat daripada buah berkenaan.

Fesyen seluar dalam tembikai itu menjadi ikutan orang ramai dan mereka memasukkan gambar-gambar anak-anak mereka memakai kulit tembikai di laman sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.