Rizalman Dihantar Ke New Zealand

Kuala Lumpur – Kerajaan Malaysia mengambil keputusan menghantar kembali bekas pembantu kakitangan pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, Muhammad Rizalman Ismail ke New Zealand.

Rizalman

 

 

 

 

 

 

Penghantaran kembali Muhammad Rizalman itu bagi membantu penyiasatan bagi tuduhan pecah masuk rumah dan serangan dengan niat untuk merogol.

Kenyataan Kementerian Luar, berkata Muhammad Rizalman akan diiringi oleh seorang pegawai kanan tentera daripada Kementerian Pertahanan.

Keputusan itu disampaikan oleh Menteri Hal Ehwal Luar, Datuk Sri Anifah Aman kepada rakan sejawatnya Menteri Hal Ehwal Luar New Zealand, Murray McCully petang Rabu.

Kerajaan Malaysia berpendapat bahawa keputusan itu akan memberi peluang kepada Muhammad Rizalman untuk bekerjasama sepenuhnya dan membantu pihak berkuasa New Zealand dalam siasatan yang sedang dijalankan mengenai dakwaan yang dibuat terhadapnya.

Dalam hal ini, prinsip undang-undang menyatakan bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan perkara itu dipraktikkan dalam kes Muhammad Rizalman.

Kerajaan Malaysia juga akan memberi bantuan guaman kepada Muhammad Rizalman jika diperlukan.

Malaysia percaya kepada sistem perundangan New Zealand dan mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa Muhammad Rizalman akan diberi layanan yang adil dengan penuh bermaruah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

Keputusan kerajaan Malaysia ini adalah bukti yang jelas bahawa Malaysia dan New Zealand mempunyai hubungan dua hala yang sangat baik.

One thought on “Rizalman Dihantar Ke New Zealand

  • July 3, 2014 at 6:49 am
    Permalink

    Ooo kalau kes cabul dan rogol melibatkan tertuduh pegawai kanan kerajaan, kerajaan sanggup sediakn khidmat peguam…tetapi dlm kes 16 peneroka disaman oleh Felcra, tak ada seorang pun nak beri pembelaan…peneroka terpaksa turun naik dan bela diri sendiri dlm keadaan mereka yg buta huruf, cacat, tua dan serba kekurangan. Namun, Allah Maha Besar…Allah Maha Kuasa…Allah memberi kemenangan kepada peneroka ini…Subhanallah.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.