Menantu Presiden PAS, Sokongan Kumpulan Militan Syria

Kuala Lumpur – Menantu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Zaharudin Muhammad menyatakan sokongan secara terbuka terhadap kumpulan militan, Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (Isil) dan Kumpulan Militan Negara Islam di Iraq dan Syria (Isis) walaupun parti Islam itu tidak berbuat demikian.

Zaharudin, yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS menulis di laman sosial Facebook miliknya pada 16 Jun lalu, menyatakan kegembiraan apabila kawasan-kawasan di Iraq mula jatuh ke tangan dua kumpulan militan berkenaan.

“Satu demi satu daerah-daerah dan kawasan-kawasan di Iraq jatuh ke tangan mereka seperti Mosul dan sekarang mara ke Baghdad.

“Bukan air mata kesedihan, juga tidak pasti ia air mata kegembiraan, tetapi yang pasti ada berita tentang orang awam di Iraq mendapat pembelaan,” katanya, di laman Facebook milik Zaharudin Muhammad.

Isu ahli PAS berjuang dan berperang di luar negara timbul apabila salah seorang ahlinya secara terbuka memuat naik gambar di laman Facebook berhubung pertempuran yang disertainya di Syria.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali juga mengesahkan PAS memecat Lotfi Ariffin daripada menjadi ahlinya pada 11 Mei, 2014 selepas mendapat maklumat dan mengesahkan beliau ke Syria untuk menyertai peperangan di sana melalui satu kumpulan yang dikatakan berjihad.

Zaharuddin Menantu Hadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.