Juadah Bazar Ramadhan Seperti Sampah – Azwan Ali

Kuala Lumpur – Bulan Ramadan tidak menyekat Azwan Ali memuatnaik status kontroversi di laman sosial Twitternya.

Terbaru, dia menghina juadah yang dijual bazar Ramadan dengan mendakwa rasanya seperti sampah.

“Slm. Tak main la beli juadah kat bazaar ramadhan? Most rasa sampah! Maaf! Just face the facts! So?” katanya di laman Twitter.

Ekoran dari kenyataan itu, Azwan Ali mendapat reaksi mereka yang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dianggap biadab.

Namun, Azwan dengan selambanya menganggap mereka yang menegurnya bertarafkan anak setan.

Tidak cukup dengan itu, Azwan juga telah menyekat ‘Twitter hatersnya’ dengan menggunakan khidmat seorang pembantu peribadi yang diupah khas dengan bayaran RM3,000 seminggu.

Ia kontroversi terbarunya selepas perang dingin dengan penyanyi Adibah Noor bulan lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.