Ikhwan Hot.fm Putus Tunang Lagi

Penyampai radio Hot.fm, Ikhwan, memaklumkan kepada pihak media bahawa dia sudah pun memutuskan tali pertunangan dengan wanita bernama Natasha Nadya yang dikatakan merupakan seorang bekas pramugari.

Lebih menyedihkan, ini bukanlah kali pertama Ikhwan putus tunang ya! Sebelum ini dia juga pernah mengalami pengalaman pahit yang sama tetapi dengan wanita berbeza. Nak buat macam mana, belum sampai jodoh mungkin?

“Sebenarnya saya sudah pun putus tunang. Saya memilih tarikh yang baik pada Awal Muharram lalu dan bawa keluarga saya berjumpa keluarga dia. Saya tak mahu aibkan dia. Tambahan pula, ini kali kedua saya putuskan perhubungan dan saya tak mahu kalau saya cerita berkenaan perkara ini, orang akan anggap negatif pada saya.

“Saya halalkan apa yang saya bagi dan saya minta pada dia untuk halalkan apa yang dia dah bagi pada saya. Ada benda peribadi yang membuatkan saya terpaksa putuskan hubungan pertunangan itu. Saya, dia dan keluarga dia sahaja yang tahu dan kami putus secara baik.

Kata Ikhwan, rancangannya untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini terpaksa dilupakan dan menganggap bahawa gadis itu bukanlah jodohnya.

“Saya pun buat kesilapan. Kalau saya cakap dia jahat, saya pun ada yang tak betul. Jadi saya ambil positif perkara itu. Kalau 10 kali pun bertunang, kalau bukan jodoh kita, tetap bukan juga. Cuma saya sedih kehilangan orang yang baik sekeliling saya seperti ibu bapa dan keluarga dia”, katanya seperti yang dilaporkan sebuah portal hiburan hari ini.

One thought on “Ikhwan Hot.fm Putus Tunang Lagi

  • July 3, 2014 at 3:09 am
    Permalink

    nak buat mcm mane,redha ajelah.Jodoh tu rahsia ALLAH

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.