Hina Agong: Permohonan Rayuan Didengar 16 Julai

KUALA LUMPUR – Mahkamah Seksyen di sini menetapkan 16 Julai depan bagi keputusan permohonan representasi Effi Nazrel Saharudin yang menghadapi pertuduhan menghina Yang Dipertuan Agong di Twitternya, tahun lalu.

Hakim, Zulqarnain Hassan menetapkan tarikh tersebut selepas pihak plaintif mengemukakan representasi dalam perbicaraan keduanya yang berlangsung,  hari ini.

Pada 5 Jun lepas, tertuduh yang merupakan seorang pengguna laman mikro itu  Twitter didakwa di sama atas dua tuduhan menghantar komen-komen jelik yang menghina Yang di-Pertuan Agong.

Pendakwaan tersebut dilakukan selepas siasatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati, tertuduh melakukan perbuatan berkenaan secara sedar dan komen-komen yang dihantarnya mengundang reaksi yang negatif orang awam.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta kes tersebut dibicarakan.

Dalam pada itu, pihak mahkamah masih menetapkan ikat jamin sebanyak RM4,000 untuk kedua-dua pertuduhan itu.

Tertuduh didakwa menghantar komen jelik berikut: “@IzranSalleh @norfaiz they have a point. Agong is just a puppet. Down with monarchy. A waste of rakyats money” dan “Soalan serius. Rakyat bayar elaun dan istana agong. Technically speaking he works for us. So why do we put him on a tandu?” di laman https://twitter.com/1Obefiend/status/340669427567697921 dan  https://twitter.com/1Obefiend/status/340669878656700418  pada 1 Jun 2013 lalu.
    
Effi Nazrel  menghadapi pertuduhdan di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

http://www.sinarharian.com.my/semasa/hina-agong-permohonan-rayuan-didengar-16-julai-1.295613

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.