Gambar Tanah Mendap Jadi “Troll”

Kuala Lumpur – Kejadian tanah mendap yang berlaku di dua kawasan dekat ibu negara tengah hari Rabu dijadikan bahan gurauan oleh sesetengah pihak apabila gambar-gambar kejadian itu disunting untuk dijadikan bahan lawak.

Dengan menggunakan kreativiti tersendiri, pihak yang berkenaan kemudiannya telah menyebar gambar yang telah disunting itu menerusi laman sosial Facebook.

Gambar-gambar yang dimuat naik itu mendapat pelbagai komen daripada pengguna laman sosial yang rata-ratanya menganggap ia sebagai sesuatu yang melucukan.

Apa yang menarik ialah apabila gambar-gambar yang diedit itu diletakkan gambar robot dalam filem Transformers dan imej seekor gorila.

Ada juga gambar seorang anggota polis trafik yang seolah-olah mengambil kenyataan daripada ‘Thor’ dan adik tirinya ‘Loki’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.