Fatwa Kassim Ahmad Kufur : Hanya Tertakluk Di Terengganu

Putrajaya – Keputusan oleh Jawatankuasa Fatwa Terengganu yang memutuskan kenyataan bekas aktivis dan sosial, Kassim Ahmad sebagai kufur dan murtad hanya tertakluk kepada negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ini kerana keputusan itu dibuat dan diputuskan oleh Majlis Agama Islam Terengganu.

“Apabila pandangan dan keputusan dibuat oleh mufti di Terengganu, maka ia hanya diputuskan di peringkat negeri Terengganu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Mufti dan Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Wilayah Persekutuan.

Menurut beliau, ianya terpulang kepada mana-mana negeri untuk menilai perkara tersebut.

“Terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan berdasarkan perbincangan dan fatwa di peringkat negeri,” ujarnya.

Jelas beliau, pihaknya akan menyerahkan kepada mufti Wilayah Persekutuan untuk meneliti perkara berkenaan sebelum mengeluarkan sebarang keputusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.