Dua Minggu Siasat Dan Baiki Tanah Mendap

Kuala Lumpur – Timbalan Ketua Pengarah Perlaksanaan Projek dan Penyelenggaraan Datuk Mohd Najib Mohd berkata beberapa jalan akan ditutup selama dua minggu untuk menyiasat punca tanah mendap di persimpangan Jalan Imbi-Jalan Pudu dilakukan.

Walaupun tanah mendap itu tertumpu di kawasan tertentu, kerja-kerja pembaikan tidak dapat dilakukan kerana kawasan itu banjir akibat paip pecah.

“Air masih lagi mengalir keluar. Kami menunggu untuk air berhenti mengalir sebelum mengepam keluar,” kata Mohd Najib kepada Astro Awani dan menambah laluan dialihkan daripada kawasan tanah mendap.

“Masalah utama kami adalah monorail. Kami akan menjalankan kerja menguatkan tiang dan dari situ kami akan menilai keadaan sebelum membenarkan mereka beroperasi seperti biasa.

“Buat masa ini laluan ini ditutup. Kami akan menilai semula keadaan,” katanya.

Sementara itu, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) berkata mereka menyediakan perkhidmatan bas untuk membawa penumpang antara dua stesen dan juga satu perkhidmatan bas terus dari KL Sentral ke stesen Titiwangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.