Digugurkan Keahlian Parti, Ahli PKR Saman JPP

Shah Alam – Ahli PKR yang mengemukakan saman terhadap Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Nasharudin Md Isa, digugurkan keahliannya secara automatik berkuat kuasa semalam.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat biro politik parti itu yang berlangsung semalam dan dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah.

Menurut kenyataan Pengerusi Lembaga Disiplin, Datuk Dr Tan Kee Kwong, pengguguran Nasharuddin itu bersandarkan Perlembagaan PKR yang melarang ahlinya membawa perkara berkaitan parti ke mahkamah.

“Beliau telah memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 27hb Jun 2014. Tindakan beliau melanggar Perlembagaan Parti Fasal 44.1.

“Larangan Membawa Parti ke Mahkamah; Tiada seorang anggota yang boleh membawa apa-apa perkara Parti ke mana-mana mahkamah. Sekiranya berbuat demikian, maka keanggotaannya tergugur secara automatik.”

“Nasharuddin Md Isa dengan ini tergugur keanggotaannya dari Parti Keadilan Rakyat,” kata Tan dalam satu kenyataan.

Beberapa hari lalu, Nasharudin memfailkan saman setelah mendakwa proses pemilihan parti itu di cabang Ampang pada 11 Mei lalu tidak telus selain wujudnya unsur-unsur penipuan.

Tuntutan saman itu dikemukakan oleh Nasharudin, 51, melalui firma guaman, Tetuan Partick Dass & Co. di Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan menamakan Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul sebagai defendan pertama, JPP PKR sebagai defendan kedua manakala calon Ketua Cabang PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin sebagai defendan ketiga.

Zuraida telah diisytiharkan memenangi jawatan tersebut oleh jawatankuasa berkenaan pada 11 Jun.

Menurut Nasharuddin, beliau membawa perkara tersebut ke mahkamah setelah dua bantahannya terhadap keputusan pemilihan cabang itu kepada jawatankuasa berkenaan tidak diambil tindakan lanjut.

Selain Nasharuddin, beberapa ahli PKR turut diambil tindakan disiplin kerana melanggar peraturan pemilihan parti,.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.