Bom Meletup Di Pasar, Lapan Terkorban

 Lagos – Sebutir bom meletup berhampiran sebuah pasar yang sesak dengan orang ramai di bandar Maiduguri, di timur laut negara ini, mengorbankan lapan orang, semalam.

Kejadian letupan itu berlaku berhampiran sebuah bangunan jana kuasa dan kesemua mangsa telah dihantar ke hospital.

“Kami tidak sangka kejadian seperti ini berlaku kerana tidak pernah letupan bom seperti ini berlaku di kampung kami,” kata seorang saksi, Hajiya Zara Mustafa. – DPA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.