Bantuan Khas Aidilfitri RM500

Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM500 bagi kakitangan gred 54 ke bawah bermula 15 Julai ini.

Selain itu, kira-kira 684,000 golongan pencen akan turut menikmati bantuan sebanyak RM250.

Bernama melaporkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta.

“Kerajaan berharap bantuan khas kewangan itu dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran pada hujung bulan ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.