Argentina Tewaskan Switzerland 1-0

SAO PAULO 2 Julai – Jaringan Angel Di Maria, dua minit sebelum tamat permainan masa tambahan membawa Argentina melangkah ke suku akhir Piala Dunia selepas menumpaskan Switzerland 1-0, sebentar tadi.

Switzerland, pilihan keenam kejohanan berpeluang melakar kejutan selepas melakukan beberapa percubaan menerusi Granit Xhaka dan Josip Drmic pada babak pertama, namun pada akhirnya Argentina memastikan tiket suku akhir tetap milik pasukan gergasi.

Penyerang Barcelona, Lionel Messi melepasi kawalan pertahanan lawan, sebelum melakukan hantaran cantik yang disudahkan oleh Di Maria untuk memastikan kemaraan bekas juara Piala Dunia itu.

Argentina kini akan berdepan pemenang di antara Belgium atau Amerika Syarikat yang berentap dalam satu lagi perlawanan pada jam 4 pagi ini. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.