Wanita Dakwa Dapat Hidu Bau Kematian Manusia

Seorang wanita mendakwa bahawa dia mempunyai kelebihan untuk menghidu sejenis bau pada badan manusia yang menandakan individu itu akan mati dalam masa terdekat.

Ari Kala, 24, dari Hunter Valley di sini mendakwa memiliki kelebihan itu ketika dia berusia 12 tahun dan mula menghidu bau berkenaan daripada badan bapa saudaranya yang menunggu detik-detik kematian.

“Malam sebelum kematiannya, saya terhidu sejenis bau janggal seolah-olah daging reput ‘manis’ di dalam rumahnya. Tetapi orang lain gagal menghidunya,” katanya.

Bagaimanapun, Kala tidak pernah memberitahu kepada mana-mana individu bahawa mereka akan mati dalam masa terdekat kerana percaya itu bukan tanggungjawabnya.

Dia kini menjadi seorang jurulatih psikik yang membantu individu lain untuk mencungkil kuasa dalaman masing-masing. Sebelum ini, Kala bekerja di sebuah firma sebagai setiausaha perundangan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.