Tun Mahathir Cadang Lelaki India, Kristian Dilantik Sebagai Peguam Negara?

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan telah mencadangkan satu nama bagi mengantikan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang sebelum ini diarahkan untuk bercuti.

Menurut penulis politik, Syed Akbar Ali walaupun calon tersebut merupakan seorang lelaki yang berketurunan India namun beliau merupakan seorang yang pakar dalam perlembagaan negara.

“Nampaknya terdapat beberapa isu serius yang sedang berlaku antara kerajaan dengan pihak lain berhubung pelantikan Peguam Negara yang baru.

“Terdapat khabar angin yang sangat kuat (yang saya dengar daripada orang yang sangat kuat) bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed akan melantik SATU calon sebagai Peguam Negara yang baru.

“Calon lelaki itu dikatakan bukan Islam dan berketurunan India (namun) dikatakan sebagai pakar dalam Perlembagaan Persekutuan. Tidak, ia bukan Sri Ram,” tulisnya melalui blog syedsoutsidethebox.blogspot.com pada Jumaat.

Menurutnya lagi bagaimanapun cadangan tersebut ditolak oleh PKR atas alasan calon tersebut bukan dari kalangan Melayu yang beragama Islam.

“Walau bagaimanapun pelantikan itu dibantah dengan alasan yang sama – bahawa calon tersebut bukan dari kalangan orang Melayu yang beragama Islam. Calon tersebut merupakan seorang penganut Kristian.

“Tiada apa-apa dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bahawa bukan Melayu dan bukan Islam tidak boleh dilantik sebagai Peguam Negara,” tulisnya lagi.

Walaupun dia tidak menyebut sebarang nama, namun kenyataan tersebut dipercayai merujuk kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan membantah cadangan tersebut berdasarkan komen-komen yang diberikan.

Syed Akhbar yang juga merupakan penyokong kuat Tun Mahathir turut menjelaskan pemilihan lelaki India tersebut merupakan antara sebahagian dari pembaharuan yang ingin dilakukan oleh Perdana Menteri terhadap institusi perundangan negara.

Dia turut mengesa agar rakyat bangkit dan berdiri mempertahankan Tun Mahathir sekiranya perkara ini mengundang krisis kelak.

Sementara itu tinjauan yang dilakukan mendapati, peguam kontroversi Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim turut bersetuju dengan cadangan tersebut.

Menurut Siti Kassim dia sangat mengenali Syed Akhbar sambil menyifatkan sumber tersebut sangat boleh dipercayai. – SuaraTV

3 thoughts on “Tun Mahathir Cadang Lelaki India, Kristian Dilantik Sebagai Peguam Negara?

  • June 2, 2018 at 8:39 pm
    Permalink

    The sign of a man on the skids of life. How does a Christian Indian Male make a better or a good Attorney General ? Is it not simply a good one regardless of gender religion and race that Malaysians are entitled to? He is planning another bloody episode in his term worse then the first he did as a MP in 13 May 1969.

    Only an idiot will put his hand up for such a job like Tommy Thomas or other idiot that Ambida had suggested to him.

    Reply
  • June 2, 2018 at 8:39 pm
    Permalink

    Elok la..
    Nnt agama islam tergadai..
    Mmg terror perlembagaan..
    Tapi tidak berjiwa islam
    Semestinya tak akan endah sgt dgn undang2 ìslam
    Islam bukan pada fikiran..
    Islam mesti ada dlm hati..
    Benarla titah sultan selangor
    Mathir akan bakar negara tanah melayu islam..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.