Video: Warga Emas Cabut Bulu Unta Sebagai ‘Souvenir’

Apa yang akan anda akan jadikan sebagai souvenir sekiranya berkunjung ke tempat-tempat menarik termasuk zoo? Merakam gambar bersama binatang-binatang di sana atau membeli barangan untuk dibawa pulang sebagai tanda kenang-kenangan?

Seorang wanita warga emas di China ada caranya yang tersendiri – baru-baru ini ketika satu lawatan ke sebuah zoo di Dalian yang terletak di wilayah Liaoning, wanita berkenaan membawa pulang sesuatu ke rumahnya untuk dijadikan sebagai ‘cenderamata’.

Rakaman sebuah video yang dirakam oleh pengunjung lain memaparkan warga emas itu menarik bulu di bahagian bonggol seekor unta sebelum memasukkan bulu binatang itu ke dalam beg tangannya.

Memetik laporan Shanghaiist, kejadian tersebut berlaku pada 28 Mei lalu dan video aksi ‘selamba’ nenek itu menjadi tular di laman sosial China.

Menurut laporan tersebut, pengunjung yang berada di kawasan itu cuba memberitahu kepada warga emas mengenai tindakan dia menarik bulu unta berkenaan.

Akibat perbuatan wanita itu, rata-rata pengguna media sosial di China melemparkan kata-kata kesat dan bertindak memalukannya.

Berikutan kejadian itu, pihak zoo dalam satu kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan akan mempertingkatkan tahap keselamatan di kawasan haiwan berkenaan.

Bagaimanapun pihak zoo berkata, tindakan warga emas itu menarik bulu unta tidak menyebabkan kesakitan kepada haiwan tersebut memandangkan binatang itu sedang mengalami proses keguguran bulu.

Pihak zoo juga dalam pada itu meminta orang ramai supaya memaafkan perbuatan warga emas itu. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.