Video : Bawa Keranda Abang Makan Angin Dengan Basikal

Seorang lelaki menggali kubur abangnya yang meninggal dunia setahun lalu, dan membawa keranda mengandungi mayat abangnya dengan basikal, bersiar-siar sekitar pekan Prata, di tenggara Brazil, hujung minggu lalu.

Elderlandes Rosa, 29, kemudian memberitahu polis, dia berbuat demikian kerana rindukan abangnya itu.

Menurutnya, dia bermimpi abangnya, Eri Erisberto, yang mati tahun lalu ketika berusia 30 tahun, memintanya bersiar-siar sekitar pekan dengan menunggang basikal seperti mereka lakukan sebelum ini.

Daily Mail melaporkan, berikutan itu, Elderlandes menggali kubur abangnya pada sebelah malam Sabtu lalu (Ahad waktu Malaysia), dan membawa keranda abangnya itu bersiar-siar dengan basikal sebelum mengeluarkan mayat abangnya dari keranda untuk ‘berbual’.

Elderlandes ditahan kerana ‘mendera’ mayat yang membawa hukuman penjara tiga tahn penjara dan dibebaskan menunggu perbicaraan.

Sehubungan itu, mayat abangnya dikebumikan kembali keesokannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.