Van Maahad Tahfiz Rempuh Rumah

KUALA KRAI – Lima maut, sembilan parah selepas sebuah van membawa sekumpulan pelajar tahfiz terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Telekong, Jalan Kuala Krai – Kota Bharu di sini kira-kira pukul 9.45 pagi.

Malaysia Gazette melaporkan, kejadian itu dipercayai berlaku selepas van Maahad Tahfiz Kampung Tualang di sini itu terbabas jatuh ke dalam gaung sebelum merempuh sebuah rumah.

Dalam pada itu, lima mangsa maut disebabkan tersepit di dalam van tersebut manakala sembilan yang parah berjaya dikeluarkan oleh orang ramai.

Jurucakap bomba ketika dihubungi berkata, sebanyak 12 anggota dari Balai Bomba Machang dan Kuala Krai telah digerakkan untuk menyelamatkan mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.