Trak (TLDM) Terjunam Dalam Gaung , Anggota Selamat

KUNAK 2 Jun – Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terselamat selepas trak yang dipandunya terjunam ke gaung di Kilometer 32 Jalan Kunak- Lahad Datu di sini, semalam.

Mangsa, Ashaari Suhaibun, 32, yang dalam perjalanan ke Lahad Datu terbabas ke sebelah kanan bahu jalan sebelum sebuah lagi trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melanggarnya hingga menyebabkan terjunam ke gaung dalam kejadian pukul 12.50 tengah hari ini. 


Pemangku Ketua Polis Daerah Kunak, Asisten Superintendan Abbas Saud berkata, akibat kemalangan itu pemandu trak TLDM hanya mengalami luka di bahagian tapak tangan manakala anggota ATM tersebut segera meneruskan perjalanan dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Lahad Datu. 


Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.