TMJ Pantau Latihan Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya dilihat semakin selesa menjalani latihan di pusat latihan tertutup Padang Seri Gelam, Johor Bahru sejak 29 Jun lalu.

Sebelum ini, skuad kebangsaan hanya menjalani latihan pusat di Wisma FAM, namun pemandangan baharu berlaku semenjak perubahan pucuk pimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak Mac lalu.

Sehubungan itu, skuad kebangsaan di bawah bimbingan jurulatih baharu Nelo Vingada telah memanggil 26 pemain ke kem latihan pusat sebagai persediaan menghadapi perlawanan sulung Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lebanon pada 13 Jun ini, lapor mStar.

Menerusi satu rakaman video oleh Johor Southern Tigers ketika sesi latihan pada Rabu, turut kelihatan Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hadir menyaksikan latihan tersebut.

Tunku Ismail kelihatan gembira dengan sesi latihan yang diadakan walaupun di luar stadium kelihatan hujan lebat sejak tengah hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.