Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Insiden Serangan Kasino Di Manila

KUALA LUMPUR – Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden tembakan dan kebakaran di Resorts World Manila, Filipina pagi tadi yang mengakibatkan 36 kematian, kecederaan dan kerosakan harta benda.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, kedutaan Malaysia di Manila sedang bekerjasama memantau perkembangan insiden itu dengan pihak berkuasa tempatan.

“Kementerian juga menasihatkan rakyat Malaysia di negara itu supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi setiap arahan pihak berkuasa Filipina.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Manila menerusi talian 00 (632) 662 8200/00 (63)9178640761 (selepas waktu bekerja) atau e-mel ke mwmanila@kln.gov.my,” kata kenyataan itu.

Media melaporkan seorang suspek lelaki menyerbu dan melepaskan tembakan di kasino Resorts World Manila, awal pagi tadi sebelum membunuh diri dengan membakar dirinya di sebuah bilik hotel.

Dalam kejadian itu, suspek yang bersenjata dan bertopeng melepaskan tembakan dan membakar sebuah kasino dan hotel, menyebabkan 36 mangsa lemas terhidu asap serta mencetuskan suasa kelam kabut yang menyebabkan lebih 70 mangsa cedera. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.