‘Tanya Saya, Sudah 22 Tahun Jadi Perdana Menteri’ – Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan pendiriannya bersedia untuk kembali menjadi pemerintah negara sekiranya ianya merupakan kehendak rakan politik barunya dari Pakatan Harapan.

Membuat kenyataan bagi menjawab soalan dikemukan netizen, Dr Mahathir berkata beliau lebih berminat untuk menjadi penasihat kepada kerajaan teraju Pakatan Harapan berbanding dilantik semula sebagai Perdana Menteri, tetapi bersedia untuk kembali menggalas tugas berkenaan jika diminta.

“Waktu ini saya tak bersetujulah nak jadi Perdana Menteri. Saya sudah nyatakan bahawa setelah saya bersara saya tak akan jadi Perdana Menteri lagi.

“Tetapi sekurang-kurangnya tanya pendapat saya oleh parti pemerintah berkenaan isu-isu tertentu ataupun masalah-masalah yang dihadapi, kerana saya sudah jadi Perdana Menteri selama 22 tahun,” katanya.

Alasan Dr Mahathir: “jika Pakatan Harapan mempunyai cadangan seperti itu dan ianya dipersetujui mungkin saya terpaksa menimbang (untuk menjadi Perdana Menteri semula”, kata penganalisis politik Zakhir Mohamed, tidak boleh diterima, lapor MD.

“Adakah kerana Presiden PKR (Datuk Seri) Wan Azizah Wan Ismail secara terbuka mengaui beliau bersedia untuk menjadi Perdana Menteri interim sementara menanti suaminya (Datuk Seri) Anwar Ibrahim keluar (dari penjara) dan bersedia untuk mengambil alih tugas tersebut,” tanya Zakhir.

Katanya, Wan Azizah sendiri mengakui bahawa beliau “tidak kisah” untuk menjadi Perdana Menteri interim sepertimana yang diakui semasa temubual dengan rancangan UpFront oleh stesen televisyen Al Jazeera.

Malah Wan Azizah kata Zakhir, turut menjustifikasi kenyataannya bahawa Anwar lebih layak menjadi Perdana Menteri menerusi apa yang digelarnya sebagai sebuah kajian bebas.

Ujar beliau lagi, Pengerusi PPBM itu juga menyifatkan pencalonan Anwar selaku Perdana Menteri sebagai ‘syok sendiri’ berikutan Pakatan Harapan belum memenangi pilihan raya, apatah lagi membentuk kerajaan persekutuan.

Tambah Zakhir, apa yang dimahukan Dr Mahathir adalah menjadi ketua kepada proksi pemerintah negara sepertimana yang dilakukan ketika pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kemudiannya berlarutan sehingga petadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, kini.

“Dia berharap Perdana Menteri Najib akan menuruti segala kemahuannya. Malah Dr Mahathir melindungi hasratnya untuk menjadi ‘puppet master’ apabila beliau mencadangkan penubuhan ‘Majlis Presiden’ untuk ‘tugas penasihat’.

“Walaubagaimanapun, Dr Mahathir mempunyai hasrat lain dan bertindak seperti musuh ketatnya, (bekas Perdana Menteri Singapura) Lee Kuan Yew, yang membuat segala keputusan akhir berkenaan Singapura.

“Sebuah jawatan yang tidak ditubuhkan kepada Dr Mahathir, tidak seperti Lee,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.