T.O.P (Big Bang) Dicekup, Mengaku Ambil Ganja

Anggota kumpulan kpop Big Bang, T.O.P atau nama sebenarnya, Choi Seung Hyun baru-baru ini telah ditangkap dan didakwa menyalahgunakan dadah jenis marijuana.

Jabatan Narkotik Seoul, mengadakan ujian saringan ke atas sampel rambut penyanyi ini dan didapati positif dadah. Beliau didapati menghisap dadah sejak October 2016.

Polis telah melengkapkan siasatan dan menyerahkan pendakwaraya untuk mendakwa T.O.P di atas kesalahan menyalahguna dadah merbahaya.

Penyanyi rap berusia 29 tahun itu ketika ini sedang menunaikan kewajipan menjalani latihan ketenteraan bermula sejak 9 Februari lalu. Dia ditugaskan berkhidmat sebagai seorang anggota polis di sebuah stesen di Gangnam sejak Mac lalu, lapor MD.

Sehubungan itu, pihak pengurusan T.O.P, iaitu agensi hiburan YG, mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada semua pihak.

” Dia mengikut semua prosedur siasatan polis dan hadir ke balai polis ketika sedang menjalanikan tugas perkhidmatan awam,

“T.O.P mengaku mengambil bahan terlarang itu.

“Sepanjang disiasat polis, T.O.P tidak menafikan sebaliknya mengaku dan betul-betul kesal dengan perbuatan tersebut,” kata agensi tersebut.

Ini bukan pertama kali YG berdepan dengan kes penyalahgunaan dadah yang melibatkan artis dibawah naungannya.

Pada tahun 2011, agensi berpengaruh itu berdepan kes yang sama selepas ketua Big Bang, G-Dragon disahkan positif ganja, yang didakwanya telah digunakan tanpa disedari selepas dia telah ditawarkan oleh peminat. Bagaimanapun penyanyi berusia 28 tahun itu tidak di hukum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.