‘Saya Tak Jual Malaysia’ – PM Najib


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab kritikan pelbagai pihak terutamanya pembangkang yang mempertikaikan hubungan baik di antara Malaysia-China sebagai tidak menjual negara ini.

“Saya tidak akan menjual Malaysia. Tidak…,” tegas Perdana Menteri, malah beliau tidak pernah berkompromi tentang kedaulatan negara malah pelbagai projek yang melibatkan China memberikan hasil sebenar kepada Malaysia.

“Untuk menolak pelaburan-pelaburan tersebut disebabkan pendapat yang sempit dan bodoh serta salah faham asas ekonomi bakal membawa keburukan kepada negara,” katanya dalam ucapannya, lapor MalaysiaGazette.

Dalam pada itu, CCBM merupakan bank komersial asing pertama yang diberi lesen perbankan Malaysia, enam tahun lalu.

Sehingga kini, CCB telah membiayai 20 projek di Malaysia.

Najib berkata, beliau membuat keputusan yang perlu bagi mencipta lebih banyak kekayaan dan peluang pekerjan kepada rakyat Malaysia.

“Sesetengah pihak fikir adalah lebih baik memiliki syarikat-syarikat rugi yang 100 peratus dipunyai oleh orang Malaysia sedangkan dengan memegang kepentingan yang lebih kecil di dalam syarikat tersebut akan membuka pasaran yang lebih besar, skala ekonomi dan membolehkan kita memiliki teknologi terkini.

“Saya tanya anda, yang mana mencipta lebih banyak kekayaan dan pekerjaan kepada rakyat Malaysia? Jawapannya amat jelasnya,” katanya lagi.

Mengulas mengenai pengkritiknya, Najib berkata, jika mahukan pembangunan Malaysia terbantut atau membiarkan Malaysia tertinggal di belakang serta tidak mahu lebih banyak peluang pekerjaan dicipta, mereka boleh terus berkempen di atas platform tersebut.

“Saya tidak akan meminta maaf kerana menyediakan pelaburan kepada Malaysia.

“Kerjasama-kerjasama ini penting kepada rakyat Malaysia dan rakan kongsi di luar negara,” tegasnya.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.