Salman Khan Kunyah Benang Seluar Jeans Jadi Tular

Mungkin kebosanan yang melanda bintang Bollywood, Salman Khan apabila rakaman video dia sedang mengunyah benang seluar jeans tular di media sosial.

Menurut The Indian Press, tindakan pelik Salman disedari dalam sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ketika satu acara sempena filem terbaharunya, Tubelight.

Salman dilihat merentap benang daripada seluar jeans lusuhnya kemudian memasukkan helaian itu ke dalam mulut dan terus mengunyahnya dengan selamba.

Tidak dapat dipastikan sama ada bintang popular Bollywood itu menelan helaian di dalam mulutnya itu, namun Salman dilihat memintal benang di seluarnya kali kedua.

Bagaimanapun, helaian kedua tidak dimasukkan ke dalam mulut sebaliknya membuang ke tepi tempat dia sedang duduk.

Sehubungan itu, segelintir netizen menyifatkan tindakan Salman itu sebagai menjijikkan namun ada juga yang merasakan ia perkara yang melucukan.

Dalam perkembangan lain, filem Tubelight dijadualkan tayangannya menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Filem yang diarahkan oleh Kabir Khan itu mengisahkan kehidupan Salman yang berusaha untuk membebaskan tentera India daripada cengkaman musuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.