Ramai Berharap Mahathir Hanya Bergurau Nak Jadi PM Semula

Ramai yang berharap Mahathir Mohamad hanya bergurau apabila beliau menyatakan kemungkinan akan mempertimbangkan untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi jika itu yang dirancang oleh Pakatan Harapan.

Pada usia 92 tahun itu, beliau sebenarnya sudah patut berehat bersama keluarga dan anak cucu, bukan lagi untuk memerintah negara.

Apa gunanya Mahathir bersara sebagai Perdana Menteri selepas 22 tahun memerintah sekiranya mahu kembali ke jawatan itu, lebih baik beliau meneruskan perkhidmatannya itu meskipun digelar sebagai diktator oleh pembangkang terutama Lim Kit Siang.

Bukan tidak ada bekas Perdana Menteri yang dipilih semula untuk menjadi Perdana Menteri tetapi tak ramai pun, bilangannya boleh dikira dengan jari.

Tetapi dalam kes Mahathir, cukuplah bagi beliau.Janganlah mendera rakyat dan negara ini. Tutuplah `buku’ anda.

Patutlah beliau enggan mengumumkan siapa calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, rupa-rupanya Mahathir masih mahu mempertimbangkan diri sendiri pula.

Jika begitu, bagaimana pula dengan Anwar Ibrahim? Nampaknya melepas lagi la peluang beliau untuk menjadi Perdana Menteri selepas misi 16 September ke Putrajaya tidak berjaya.

Dan ketika Mahathir menyatakan hasrat untuk mempertimbangkan jawatan Perdana Menteri, ramai yang menoleh kepada anaknya, Mukhriz. Bagaimana dengan nasib Mukhriz?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.